Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    India sahkan kes pertama cacar monyet

    NEW DELHI, 15 JULAI – India melaporkan kes pertama cacar monyet selepas seorang lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Timur Tengah menunjukkan gejala, menurut kenyataan rasmi.

    Kerajaan persekutuan mengarahkan sebuah pasukan ke wilayah selatan di Kerala, di mana kes pertama cacar monyet dikesan, tambah kenyataan.

    Lelaki itu, yang membuat perjalanan dari Emiriah Arab Bersatu ke Kerala pada Selasa, berada dalam keadaan stabil dan menjalani pengasingan di hospital, kata Menteri Kesihatan wilayah, Veena George kepada wartawan kelmarin.

    “Dia berada dalam keadaan stabil. Kami akan meminta semua daerah untuk berjaga-jaga,” katanya.

    Kontrak rapat kepada pesakit juga telah diasingkan sementara penumpang yang berhubung dengan pesakit semasa dalam penerbangan juga diberitahu untuk membuat pemantauan kendiri sekiranya mengalami gejala.

    Cacar monyet adalah satu penyakit berjangkit berpunca daripada pemindahan virus kepada manusia melalui haiwan yang dijangkit. Penularan antara manusia boleh berlaku namun ia dianggap kes jarang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...