Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    India sedia eksport gandum ke negara memerlukan

    NEW DELHI, 15 MEI – India hari ini berkata ia akan mengekalkan dasar terbuka untuk mengeksport gandum kepada negara yang mengalami kekurangan makanan pada peringkat kerajaan meskipun sekatan yang diumumkan dua hari sebelum ini.

    Setiausaha Perdagangan India, B.V.R. Subrahmanyam memberitahu wartawan bahawa kerajaan juga akan membenarkan syarikat swasta untuk memenuhi komitmen sebelumnya untuk mengeksport hampir 4.3 juta tan gandum se-hingga Julai. India mengeksport satu juta tan gandum pada April.

    India mengeksport gandum terutamanya ke negara jiran seperti Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka.

    Satu notis dalam warta kerajaan oleh Pejabat Pengarah Perdagangan Luar pada Jumaat mengatakan kenaikan dalam harga gandum telah menimbulkan risiko jaminan makanan India dan negara jiran.

    Matlamat utama sekatan dikenakan ke atas eksport adalah untuk mengawal kenaikan harga domestik. Harga gandum global telah naik lebih daripada 40 peratus sejak awal tahun ini.

    Sebelum perang, Ukraine dan Rusia menyumbang kepada satu pertiga daripada gandum global dan eksport barli. Sejak serangan Rusia pada 24 Februari, pelabuhan Ukraine telah disekat dan infrastruktur awam dan silo bijirin telah dimusnahkan.

    Beliau berkata pengeluaran gandum India pada tahun ini telah menurun sebanyak tiga juta tan daripada 106 juta tan tahun lalu. Harga gandum telah meningkat sebanyak 20-40 peratus di India.

    “Kenaikan harga sekarang nampaknya satu reaksi panik dan bukannya reaksi berdasarkan kejatuhan dalam bekalan atau peningkatan permintaan mendadak,” kata Subrahmanyam.

    Walaupun ia adalah pengeluar gandum kedua terbesar dunia, India menggunakan kebanyakan gandum yang dihasilnya. Ia telah menetapkan matlamat untuk mengeksport 10 juta tan bijirin pada 2022-23, dijangka mengambil peluang ke atas gangguan bekalan gandum dunia akibat peperangan dan mencari pasaran baharu untuk gandumnya di Eropah, Afrika dan Asia. – AP

    Seorang petani membawa tanaman gandum yang dituainya dari sebuah ladang di pinggir bandar Jammu, India pada 28 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...