NEW DELHI, 25 DIS – Kerajaan India hari ini bersiap sedia bagi proses pemvaksinan COVID-19 di seluruh negara, dengan latihan bagi pengagihan vaksin dijadualkan minggu depan dalam empat negeri, menurut pegawai hari ini.
Empat negeri terbabit ialah Andhra Pradesh, Assam, Gujarat dan Punjab.
“Ketika pentadbir vaksin akan memainkan peranan penting dalam proses vaksinasi, latihan bagi pelatih dan mereka yang terbabit akan dibuat di beberapa buah negeri,” menurut kementerian kesihatan persekutuan dalam satu kenyataan.
Kerajaan turut menyediakan modul latihan terperinci bagi pengendali dan pentadbir kategori vaksin berlainan termasuk pegawai perubatan, orang yang memvaksin, pengendali rangkaian sejuk beku, penasihat dan pengurus data.
Pegawai mengatakan untuk menilai persediaan rancangan terbabit, satu latihan akan diadakan pada 28-29 Disember ini di empat negeri terbabit. Menteri Kesihatan Persekutuan Harsh Vardhan baru-baru ini mengatakan vaksin COVID-19 mungkin tersedia di negara itu pada Januari. – Xinhua






























