Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    India siasat ubat batuk menyebabkan kematian kanak-kanak

    NEW DELHI, 7 OKT – Pihak berkuasa India sedang menyiasat sirap ubat batuk yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal tempatan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata syarikat itu bertanggungjawab ke atas kematian 66 orang kanak-kanak di Gambia.

    Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBBD) minggu ini mengeluarkan amaran bahawa empat produk ubat batuk dan selesema yang dikeluarkan oleh Maiden Pharmaceuticals di negeri Haryana di bahagian utara boleh mengakibatkan kecederaan buah pinggang akut.

    Hasil ujian makmal mendapati produk terbabit mempunyai tahap bahan cemar yang tidak boleh diterima yang berpotensi mengancam nyawa, menurut WHO, dan menambah bahawa produk-produk berkenan berkemungkinan sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat.

    Kementerian Kesihatan India lewat kelmarin berkata ia telah memaklumkan dapatan daripada WHO bulan lalu dan menunggu hasil ujian dari makmal mereka sendiri terhadap empat produk tersebut.

    Katanya lagi, syarikat itu tidak diberikan lesen untuk mengedarkan empat produk itu di India dan hanya mengeluarkannya dan mengeksportnya ke Gambia.

    “Menjadi amalan biasa negara pengimport untuk menguji produk yang diimport pada parameter kualiti dan berpuas hati dengan kualiti produk itu,” menurut kenyataan kementerian itu. Maiden Pharmaceuticals tidak memberikan sebarang respons kepada pertanyaan AFP susulan amaran kesihatan yang dikeluarkan oleh WHO. – AFP

    Seorang ahli palang merah Gambia memeriksa karung yang mengandungi sirap ubat batuk di Banjul pada 6 Oktober 2022.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...