India sukar kawal kepulangan beramai-ramai

NEW DELHI, 30 MAC – India mencatatkan 29 kematian COVID-19 manakala kes jangkitan mencecah 1,024 orang, menurut kementerian kesihatan, ketika ia bergelut mengawal kepulangan beramai-ramai rakyatnya ke kampung halaman, yang terjejas pekerjaan mereka selepas lockdown dilaksanakan.

India pada Rabu lalu menguatkuasakan perintah lockdown selama 21 hari dalam usahanya membendung penularan wabak COVID-19. Semenjak itu, beratus-ratus ribu buruh dari bandar pulang ke kampung mereka, sebahagiannya berjalan beratus-ratus batu dengan sedikit wang atau makanan.

Kepulangan beramai-ramai itu membangkitkan kebimbangan mereka yang pulang mungkin merebakkan koronavirus ke kawasan pedalaman, selepas pihak berkuasa membiarkan orang ramai bersesak ke dalam bas dan kem bantuan serta kem bagi gelandangan.

Sekitar 900,000 orang menaiki pengangkutan bas pada Ahad dari Ghaziabad di pinggir Delhi, Times of India melaporkan. Manakala pada lewat Ahad, kerajaan persekutuan mengarahkan semua daerah dan sempadan negeri ditutup dalam usaha menghalang kepulangan beramai-ramai dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan membina tempat perlindungan sementara.

Hari ini, orang ramai tidak kelihatan di pinggir Delhi. Kerajaan tempatan mengatakan ia kini memberi makan 400,000 orang, dengan lebih daripada 550 buah sekolah dijadikan tempat perlindungan.

Di negeri tengah Maharashtra, tempat bagi penghijrah Mumbai dan satu lagi tarikan bagi pekerja buruh, membina sehingga 262 kem bantuan dan menyediakan perlindungan kepada 70,399 orang, ketua menteri mengatakan dalam tweetnya.

Turut dijadikan perlindungan menempatkan 5,000 pekerja imigran ialah trek perlumbaan Formula Satu dalam 2011, lapor Times of India.

Namun masih ramai wanita dan lelaki serta kanak-kanak membanjiri jalan-jalan Gujarat dan satu video di Twitter oleh wartawan Times of India dan Hindu Daily menunjukkan pekerja penghijrah ini disemburi disinfektan oleh lelaki dalam sut perlindungan.

Manakala majistret tempatan juga mengarahkan bomba untuk menyahkuman bas namun tersembur penumpang kerana ‘terlalu teruja.’ – AFP

Pekerja penghijrah dari negeri lain berbaris mendapatkan makanan percuma diagihkan ketika lockdown di Mumbai, India, 30 Mac. India bergelut mengawal kepulangan beramai-ramai pekerja penghijrah dari ibu negara dan bandar-bandarnya ke kampung, berusaha menghindari koronavirus daripada merebak ke kawasan pedalaman. – AP