Wednesday, June 7, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    India tahan wartawan Kashmir dituduh biayai keganasan

    SRINAGAR, INDIA, 22 MAC – Pegawai cegah keganasan telah menahan seorang wartawan dan pekerja kumpulan hak asasi manusia dari Kashmir yang dikawal India atas tuduhan terbabit dalam pembiayaan aktiviti keganasan, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Irfan Mehraj, seorang wartawan bebas dan editor majalah, telah dipanggil baru-baru ini ke balai polis di bandar utama Srinagar di mana anggota Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) menahannya, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

    Dia sebelum ini telah disoal siasat beberapa kali oleh penyiasat NIA, tetapi sentiasa dilepaskan.

    Mehraj juga bekerja dengan Gabungan Masyarakat Sivil Jammu Kashmir (JKCCS), sebuah kumpulan hak asasi yang terkenal dengan pengasasnya, Khurram Parvez telah ditahan oleh India sejak November 2021.

    “Irfan Mehraj merupakan rakan rapat Khurram Parvez dan bekerja dengan organisasinya,” menurut kenyataan NIA.

    Siasatan mendedahkan JKCCS membiayai aktiviti keganasan di lembah Kashmir dan juga telah menyebarkan propaganda faham pemisahan di Lembah Kashmir di bawah nama perlindungan hak asasi manusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -