Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    India tarik diri

    ISTANBUL, 6 DIS – Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida bagi tuan rumah Piala Asia 2027 selepas India bertindak menarik diri, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perkara itu pada Isnin.

    “Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah dimaklumkan secara rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) mengenai keputusan untuk menarik balik bidaan mereka daripada proses pemilihan tuan rumah Piala Asia AFC 2027,” menurut AFC dalam satu kenyataan, lapor agensi Anadolu.

    Badan induk itu memaklumkan pihaknya akan membentangkan tawaran Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah kejohanan edisi ke-19 kepada kongres, yang akan diadakan pada Februari di Manama, Bahrain.

    Edisi Piala Asia AFC 2023 akan berlangsung di Qatar selepas tuan rumah China menarik diri kerana dasar ‘sifar COVID’.

    Piala Asia diadakan setiap empat tahun. – Bernama

    Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida bagi tuan rumah Piala Asia 2027 selepas India bertindak menarik diri, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perkara itu pada Isnin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...