India temui bangkai pesawat bawa 13 penumpang

NEW DELHI, 11 JUN – Pihak berkuasa India hari ini telah mengesan sebuah bangkai pesawat yang hilang bersama 13 kakitangan pasukan udara di dalamnya selepas berhari-hari mencari di rantau pergunungan terpencil dekat China.

Pesawat AN-32 buatan Soviet itu membawa lapan kru dan lima penumpang, hilang dari radar pada 3 Jun di negeri timur laut Arunachal Pradesh, mencetuskan pencarian segera daripada Pasukan Udara India (IAF) dan pasukan darat. – AFP