India terus catat penurunan kes

NEW DELHI, 25 OKT – Jumlah kes koronavirus harian India menurun kepada hampir 50,000 kes, sekali gus mengekalkan jumlah penurunan sejak beberapa minggu terakhir.

Kementerian Kesihatan berkata sebanyak 50,129 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan hampir kepada 7.9 juta hari ini.

Ia juga melaporkan 578 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 118,534. – AFP