Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    India tingkatkan hubungan perdagangan dengan ASEAN

    NEW DELHI, 11 OKT – India menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan rakan dagangannya termasuk negara anggota ASEAN dalam usaha untuk meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa.

    ASEAN merupakan antara kawasan tumpuan bagi India dengan kedua-dua pihak berkongsi banyak persamaan dari segi budaya dan agama.

    Hubungan perdagangan dan pelaburan antara India dan ASEAN telah berkembang sejak sedekad lalu menerusi Dasar Pandang Ke Timur India, lapor Agensi Berita Vietnam.

    Perdagangan dua hala meningkat kepada AS$110.4 bilion pada 2021-2022 hasil daripada beberapa perjanjian penting yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.

    India dan ASEAN menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif pada 2003 semasa Sidang Kemuncak ASEAN-India kedua, mewujudkan premis bagi kedua-dua pihak untuk berunding dan menandatangani FTA mengenai barangan, perkhidmatan dan pelaburan termasuk Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) dan perjanjian perdagangan ASEAN-India dalam pelaburan serta perkhidmatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...