NEW DELHI, 15 Ogos – India cukup kuat untuk mempertahankan sempadannya dari sebarang ancaman, Perdana Menteri Narendra Modi berkata dalam ucapan pada Hari Kemerdekaan ketika negara berdepan dengan pertikaian sempadan dengan China dan ketegangan semakin teruk dengan Pakistan.
“Keselamatan adalah keutamaan kami,” Modi memberitahu beribu-ribu orang yang memenuhi tempat mercu tanda, Red Fort di New Delhi hari ini dalam India memperingati ulang tahun ke 70 berakhirnya pemerintahan kolonial Britain.
“Sama ada di laut atau sempadan, siber atau ruang angkasa – dalam semua sfera, India mampu dan kami cukup kuat untuk mengatasi mereka yang cuba bertindak terhadap negara kita,” pemimpin nasionalis Hindu itu mengisytiharkan.
Modi, yang mengenakan serban Rajasthani, juban panjang, memberi ulasan beliau dari tiga ucapan Hari Kemerdekaan yang lalu dan tidak menyebutkan sasaran amarannya itu.
Namun kenyataan beliau dibuat ketika pertikaian antara India dan China berhubung penara Himalaya strategik memasuki bulan ketiga esok. Beratus-ratus ribu tentera dilaporkan saling berkonfrontasi di Doklam.

Negara-negara besar berjiran itu berkongsi sejarah panjang kesangsian dan terlibat dalam peperangan dalam tahun 1962 kerana negeri India, Arunachai Pradesh.
India menggesa penyelesaian diplomatik kepada pertikaian itu.
Pertikaian bermula 16 Jun lalu apabila pasukan tentera China mula membina jalan raya di wilayah yang dipertikaikannya dengan Bhutan. Pasukan tentera India bergerak masuk untuk menghentikan pembinaan itu kerana India adalah sekutu rapat Bhutan.
India juga terlibat dalam konflik di rantau Himalaya, Kashmir, yang mana ia berdepan dengan pertikaian kedaulatan dengan Pakistan sejak perpecahannya dalam tahun 1947.
India menuduh Pakistan menghantar ‘pengganas-pengganas’ ke seberang sempadan untuk memerangi pasukan keselamatan di Kashmir yang ditadbir India. – AFP