Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Individu bersalah, ambil dua anak beruang dari sarang

    SACRAMENTO, CALIFORNIA, 17 MAC – Seorang lelaki California Utara yang mengaku telah mengambil dua anak beruang dari sarangnya dan memberitahu pegawai selepas dia tidak dapat menjaganya, mengaku bersalah memiliki spesies terlarang, kata pegawai hidupan liar.

    Cody Dylon Setzer, 29 dan rakan sekerja yang belum dikenal pasti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa mengambil beruang berusia sebulan dari sarangnya di sebatang pokok yang tumbang melintasi jalan hutan, kata Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California Selasa lalu.

    Setzer menghubungi pegawai hidupan liar pada 9 Mac 2019 dan memberitahu mereka, dia telah menemui anak beruang di sepanjang Lebuhraya 263 utara Yreka di Daerah Siskiyou, kata jabatan itu.

    Tetapi pegawai hidupan liar mula curiga dengan ceritanya selepas mereka pergi ke tapak itu dan tidak menemui jejak beruang atau habitat.

    “Anak beruang bergantung 100 peratus kepada ibunya setelah lahir dan jika ia berpisah, ia tidak akan terselamat,” kata Kapten Patrick Foy dari bahagian penguatkuasaan undang-undang jabatan itu.

    Seorang lelaki California Utara mengaku mengambil dua anak beruang dari sarangnya pada 2019. – AP

    Rakan sekerja Setzer di sebuah syarikat pengurusan kayu mengaku kepada pejabat hidupan liar dan bekerjasama dengan siasatan itu, kata Foyv.

    “Orang lain yang sebenarnya telah membawa kedua-dua haiwan itu kembali ke sarangnya,” katanya.

    Tapak sarang itu terletak di timur Salt Creek dan Interstate 5 di Shasta County, kira-kira 145 kilometer ke selatan tempat Setzer berkata dia telah menemuinya dan telah dimusnahkan. Ibu mereka tidak pernah ditemui, kata Foy.

    Anak beruang telah dibawa ke Makmal Kesihatan Hidupan Liar CDFW di Rancho Cordova dan kemudian diserahkan untuk pemulihan ke Penjagaan Hidupan Liar Lake Tahoe, yang mengatakan ia adalah yang paling muda pernah dibawa masuk ke kemudahannya.

    Anak-anak beruang itu telah dikembalikan ke habitat asalnya di Shasta County 28 April 2020, selepas cukup dewasa untuk hidup sendiri, menurut jabatan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...