Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Individu dikenakan kompaun $500

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 4 DIS – Seorang individu telah dikenakan kompaun $500 atas kesalahan melonggokkan sampah berupa bekas barang-barang binaan di tempat awam di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 Pindaan Baru.

    Individu berkenaan, Asad diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun dan jika gagal boleh didakwa di mahkamah.

    Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat supaya membuang sampah di tempat-tempat yang disediakan dan tidak meninggalkan sebarang jenis sampah di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

    Pengusaha-pengusaha dan kedai-kedai makan juga diingatkan supaya menjaga kebersihan perangkap minyak dan tidak membiarkan pencemaran yang boleh menyebabkan longkang kotor dan berbau.

    Bahagian Penguatkuasaan JBKBS akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dan akan mengenakan denda kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang membuang sampah di tempat awam.

    Ini termasuk membuang sampah di tempat pusat pembuangan sampah yang hanya dikhaskan untuk penyewa, peniaga atau penjaja di bangunan komersil kerajaan se-perti Bangunan Pasarneka Kuala Belait dan Gerai Bunga Simpur.

    Untuk sebarang aduan mengenai pembuangan sampah di tempat-tempat awam di kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JBKBS di talian 3330789 atau 3330780 sambungan 215.

    Sampah sarap berupa bekas barang binaan yang ditemui semasa operasi berkenaan. – Gambar serahan JBKBS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...