Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis kesan individu berkaitan kes dera anak damit di taska

    JOHOR BAHRU, 16 MEI – Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera anak damit di sebuah taska di Mutiara Rini.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

    “Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang anak damit yang umurnya tidak pasti.

    “Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

    Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

    Semalam tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang anak damit yang sedang menangis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda