Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Individu pertama daki 14 puncak dua kali

    KATHMANDU, 21 JULAI – Pendaki gunung warga Nepal hari ini menjadi individu pertama yang menyelesaikan pendakian dua kali, kesemua 14 puncak berukuran 8,000 meter di dunia, kata penganjur ekspedisi.

    Sanu Sherpa, 47, mencapai puncak Gasherbrum II di Pakistan (8,035 meter) pada pagi ini, membawa pelanggan Jepun, mencapai impiannya dua kali untuk berada di puncak tertinggi di dunia.

    “Ini adalah saat membanggakan buat kami. Sanu Sherpa mencipta sejarah dalam dunia pergunungan dengan mendaki semua 14 puncak bukan sekali namun dua kali,” kata penganjur ekspedisi, Pasang Sherpa dari Pioneer Adventure kepada AFP.

    Sherpa, yang mula bekerja dalam pendakian gunung sebagai porter, mendaki gunung pertamanya 8,000 meter pada 2006, menjadi jurupandu pendaki asing ke puncak Cho Oyu.

    Pada 2019, dia telah mendaki semua 14 puncak berukuran 8,000 meter sekurang-kurangnya sekali – seorang daripada sekitar 40 orang yang pernah melakukannya. – AFP

    Pendaki gunung dari Nepal menjadi individu pertama yang berjaya menyelesaikan pendakian dua kali 14 puncak tertinggi di dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...