Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Individu sembuh berisiko dijangkiti varian baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Individu-individu yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID juga berisiko untuk dijangkiti semula dengan varian-varian baharu meski pun tempoh imuniti individu selepas pulih itu selama 90 hari secara umumnya.

    Dalam hal ini, jika mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan virus kemudian merasa mempunyai simptom-simptom tertentu misalnya dalam jangka masa tiga minggu atau sebulan, maka mereka perlu melakukan pemeriksaan seperti ujian pantas antigen (ART) dan sekiranya didapati positif maka ia dikira sebagai kes baharu dan dikehendaki menjalani isolasi dan langkah-langkah yang sepatutnya.

    Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, hal ini bukan perkara baharu namun apa yang perlu diketahui bahawa tempoh imuniti selama 90 hari itu bukanlah 100 peratus kerana mungkin pada mulanya ia dijangkiti dengan varian Omicron dan sebulan kemudian dijangkiti pula dengan varian Omicron yang lain seperti BA.5 yang dihadapi negara sekarang.

    “Apa yang penting di sini ialah pengambilan vaksinasi dos penggalak. Walaupun kita dijangkiti, Insya-Allah akan diharapkan gejala itu ringan,” tekannya lagi.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...