Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Indonesia bakal miliki kereta api terpantas

-

JAKARTA, 2 SEPT – Satu set kereta api buatan China bagi kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia tiba di pelabuhan Jakarta hari ini.

Set kereta api dan landasan sepanjang 142.3 kilometer bernilai AS$5.5 bilion itu dibina oleh PT kereta Cepat Indonesia-China, satu usaha sama antara konsortium empat syarikat milik kerajaan dan China Railway International Co. Ltd. Usaha sama itu mengatakan kereta api itu akan menjadi yang terpantas di Asia tenggara.

Rangkaian kereta api yang menghubungkan Jakarta dan Bandung, sebuah bandar di wilayah Jawa Barat, merupakan sebahagian inisiatif infrastruktur di bawah Jalur dan Laluan China (BRI).

Ia dijangkakan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar kepada 40 minit berbanding tiga jam sebelum ini.

Kereta api lapan gerabak dan satu kereta api ujian yang tiba hari ini direka dan dibina oleh CRRC Qingdao Sifang Co. Ltd.

“Ketibaan siri kereta api berkelajuan tinggi ini adalah berita baik buat Indonesia dan menunjukkan Indonesia boleh bersaing dengan negara maju lain,” kata Kartika Wijoatmojo, timbalan menteri Perusahan Milik Kerajaan.

Pembinaan bermula pada Januari 2016 bagi rangkaian laluan Jakarta-Bandung yang dirancang sebagai sebahagian daripada projek kereta api sepanjang 750km yang akan menghubungkan empat wilayah di pulau utama Jawa.

Rangkaian kereta api itu dijangka mula beroperasi pada awal 2019, namun tertangguh kerana isu pemerolehan tanah dan pembiayaan. – AP

Pekerja menurunkan unit elektrik sebahagian daripada set kereta api awal berkelajuan tinggi buatan China ke atas sebuah lori di pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia, 2 September. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -