Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Indonesia batal larangan eksport minyak sawit Isnin ini

    JAKARTA, 19 MEI – Indonesia akan menarik balik larangan eksport minyak sawit minggu depan, kata Presiden Joko Widodo Jokowi hari ini, mengurangkan tekanan ke atas pasaran minyak sayuran global yang mencecah harga puncak kerana penggantungan, perang di Ukraine dan pemanasan global.

    Negara kepulauan itu mengeluarkan larangan bulan lalu untuk mendapatkan bekalan komoditi itu, yang digunakan dalam pelbagai barangan daripada taburan coklat kepada kosmetik, dalam menghadapi kekurangan dalam negara.

    “Berdasarkan bekalan dan keadaan minyak masak dan memandangkan terdapat 17 juta orang dalam industri sawit; petani dan pekerja sokongan lain, saya memutuskan eksport minyak masak akan dibuka semula pada Isnin, 23 Mei.

    “Kerajaan akan tetap memantau dengan ketat bagi memastikan permintaan akan dipenuhi dengan harga mampu milik,” katanya pada taklimat dalam talian. – AFP

    Seorang pekerja menimbang biji kelapa sawit di sebuah lading di Kutamakmur, wilayah Aceh, Indonesia pada 12 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...