Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Indonesia berdepan peningkatan kes denggi dan COVID

    JAKARTA, 22 JULAI – Jumlah kes deman denggi terus meningkat di Indonesia, ketika pihak berkuasa kesihatan bergelut untuk membendung penularan sub varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang sangat mudah berjangkit yang telah mencetuskan gelombang jangkitan keempat di negara itu.

    Setakat awal Julai, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan 61,046 kes denggi di seluruh negara pada tahun ini, dengan 580 kematian.

    Jumlah itu kira-kira tiga kali ganda daripada jumlah kes dan kematian yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu dengan 20,257 kes dan 171 kematian.

    Wabak bermusim itu telah dilaporkan di kesemua 34 wilayah di seluruh kepulauan dengan Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah menjadi pusat penyakit bawaan nyamuk berkenaan.

    Indonesia telah merekodkan lebih 5,000 kes baharu harian sejak Selasa, dengan 5,653 jangkitan baharu pada Selasa menjadi jumlah kes harian tertinggi sejak 23 Mac, menurut data rasmi daripada pasukan bertindak COVID-19 kebangsaan. – ANN/Jakarta Post

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...