BENGKULU, Indonesia, 15 Mei – Pihak berkuasa Indonesia telah menahan dua lelaki kerana disyaki memburu harimau Sumatera dan merampas kulit dan tulang yang diambil daripada salah seekor daripada haiwan tersebut, kata seorang pegawai taman negara, hari ini.
Awaludin dan Sabian, ditahan pada Sabtu oleh polis dan renjer hutan di sebuah kampung di daerah Utara Bengkulu di Sumatera Barat.
Pihak berkuasa bertindak atas maklumat awam daripada penduduk kampung yang berkata lelaki tersebut sering memburu spesies haiwan yang dilindungi di taman negara Kerinci Seblat, yang dipercayai menjadi rumah kepada kira-kira 150 ekor harimau Sumatera.
Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam mengklasifikasikan harimau Sumatera sebagai spesies terancam dan menganggarkan spesies tersebut yang masih kekal adalah sebanyak 440 di hutan. “Kami mengekori lelaki tersebut sepanjang hari menahan mereka pada Sabtu,” kata ketua taman negara Arief Tongkagie kepada AFP.
“Mereka membawa kulit harimau dan tulangnya.”
Lelaki, 40-an itu, masih disoal siasat oleh polis. Mereka boleh menghadapi sehingga lima tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang Indonesia terhadap pelindungan haiwan yang terancam.
Polis juga menyiasat sama ada mereka adalah sebahagian daripada hidupan liar pemburuan haram sindiket yang lebih besar. Pemburuan haram adalah punca utama penurunan pesat populasi harimau Sumatera. Selain daripada diburu, haiwan juga diancam oleh kemusnahan habitat hutan hujan bagi memberi laluan kepada ladang kelapa sawit. – AFP