Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Indonesia berkas tiga warga asing edar dadah

    BALI, 5 OGOS – Pihak berkuasa di Indonesia memberkas tiga orang warga asing kerana mengedar kokain di pulau peranginan Bali pada hujung Julai lalu.

    Pegawai dari Biro Narkotik Kebangsaan merampas 844.6 gram kokain bersama dadah lain termasuk MDMA dan kanabis daripada tiga suspek yang dikenal pasti sebagai warga Britain, Brazil dan Mexico.

    Pada satu sidang media, Ketua Biro Narkotik Bali, Gde Sugianyar Dwi Putera mengatakan pegawai memberkas seorang lelaki Britain yang disyaki pengedar tahap terendah daripada ketiga-tiganya pada 21 Julai di sebuah vila di daerah Badung selepas menerima maklumat mengenai aktivitinya.

    Kemudian mereka memberkas lelaki Brazil yang disyaki membuat dadah itu di tempat berasingan dan lelaki Mexico yang sudah berada di Bali sejak 2012 dan dikatakan orang atasan dalam rangkaian itu, diberkas paling akhir.

    “Kami masih menjalankan siasatan. Kemasukan kokain kemungkinan besar dari Eropah kerana laluan kemasukan kokain ini spesifik,” kata Sugianyar.

    “Ia dihasilkan di Amerika Selatan, dihantar ke Eropah dan dari Eropah, ia diedarkan ke negara-negara lain termasuk Indonesia,” tambah Sugianyar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...