Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Indonesia cadang tubuh blok pengeluar nikel

    NUSA DUA, INDONESIA, 17 NOV – Indonesia telah mencadangkan penubuhan blok pengeluar nikel terkenal dunia sama seperti kartel minyak OPEC dalam rundingan dengan Kanada, kata menteri pelaburan.

    Negara Asia Tenggara itu adalah pengeluar nikel terkemuka di dunia, sementara Kanada juga pengeluar utama galian tersebut, menurut data Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

    “Menerusi kolaborasi sedemikian, kami berharap negara pengeluar nikel boleh memperoleh keuntungan menerusi pewujudan nilai tambah yang adil,” kata Bahlil Lahadalia dalam kenyataan kementerian.

    Cadangan itu dikemukakan ketika Lahadalia bertemu dengan menteri perdagangan Kanada, Mary Ng pada sidang kemuncak G20 di Bali.

    Beliau berkata pertubuhan yang sama seperti OPEC, sekumpulan 13 negara pengeluar minyak, dapat membantu mengatur dan mengemas kini dasar mengenai nikel, galian utama yang digunakan untuk menghasilkan bateri – termasuk kenderaan elektrik, keluli tahan karat dan telefon bimbit.

    Ng berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-dua negara boleh meninjau cadangan kolaborasi, memandangkan Indonesia dan Kanada berkongsi wawasan sama untuk mengoptimumkan sumber asli mereka secara mampan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...