Indonesia catat 1,142 kes baharu, 58 kematian

JAKARTA, 3 OKT – Jumlah kes COVID-19 di Indonesia meningkat sebanyak 1,142 dalam sehari kepada 4,219,284, dengan angka kematian bertambah sebanyak 58 kepada 142,173, Kementerian Kesihatan negara itu berkata, hari ini.

Menurut kementerian itu, seramai 2,020 orang lagi telah keluar dari hospital-hospital, membawa jumlah pesakit pulih daripada COVID-18 kepada 4,044,235.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 52.67 juta orang di negara itu telah menerima dua dos suntikan vaksin, sementara 93.7 juta telah menerima satu dos suntikan, kementerian itu menambah.

Kerajaan Indonesia menyasarkan untuk memvaksinasi 208.26 juta orang. – Xinhua