Indonesia catat 127 kes kematian

JAKARTA, 19 JULAI – Indonesia mencatatkan sejumlah 127 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, yang tertinggi sejak kes kematian pertama pada 11 Mac, menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini ialah 4,143 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,639 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 86,521 kes.

“Sebanyak 37,505 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama