Indonesia catat 23 lagi kematian akibat virus dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 26 APRIL – Indonesia mencatatkan 23 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto, jumlah kematian kini meningkat kepada 743 kes manakala jumlah kes positif virus itu ialah 8,882.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, terdapat sebanyak 275 tambahan kes positif baharu manakala 19,648 pesakit masih berada dalam pengawasan COVID-19,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatat kematian tertinggi iaitu 353 kes diikuti Jawa Timur (87 kes), Jawa Barat (77),

Jawa Tengah (58) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Seorang wanita menyediakan bungkusan keperluan untuk diedarkan kepada mereka yang terjejas oleh koronavirus di Surabaya pada 26 April. Indonesia telah mencatatkan 23 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam. – AFP