Indonesia catat 2,719 kes dalam 24 jam

JAKARTA, 27 OGOS – Indonesia mencatatkan 2,719 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 162,884 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 7,064 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku di republik berkenaan. – Bernama