Indonesia catat hampir 6,000 kes baharu

JAKARTA, 27 NOV – Indonesia mencatatkan 5,828 kes baharu COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 522,581 kes.

Bagaimanapun sebanyak 437,456 pesakit yang disahkan positif virus itu, dinyatakan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan. – Bernama