Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Indonesia dedah tapak pembinaan ibu kota baharu

PENAJAM PASER UTARA, INDONESIA, 10 MAC – Tanah jingga merah telah dipecahkan di dalam hutan Borneo Timur, di mana kerajaan Indonesia telah memulakan pembinaan ibu kota baharunya.

Pegawai-pegawai menjanjikan ‘bandar hutan lestari’ yang meletakkan alam sekitar di tengah-tengah pembangunan dan bermatlamat untuk menjadi neutral karbon menjelang 2045.

Tetapi projek itu telah dibelenggu oleh kritikan daripada pencinta alam sekitar dan masyarakat orang asli, yang mengatakan ia menghakis alam sekitar, terus mengecutkan habitat haiwan terancam seperti orang utan dan memindahkan orang asli yang bergantung kepada tanah untuk mata pencarian mereka.

Rancangan-rancangan un-tuk ibu kota baharu itu, kira-kira dua kali ganda ukuran New York City, adalah megah. Pegawai-pegawai memuji penciptaan bandar hijau futuristik yang berpusatkan hutan, taman dan pengeluaran makanan yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa ‘pintar’ dan bangunan hijau.

“Kita perlu berfikir di luar daripada apa yang berlaku hari ini dan cuba menangani (perkara) yang futuristik,” kata Bambang Susantono, pengerusi Lembaga Ibu Kota Nusantara, mengenai reka bentuk dan keupayaan bandar itu bagi menjawab cabaran masa depan.

Paparan digital yang dikongsi oleh kerajaan menunjukkan bandar yang dikelilingi oleh hutan, dengan orang ramai berjalan di kaki lima yang dibarisi pokok dan bangunan dengan bumbung yang dilitupi tumbuhan dikelilingi oleh laluan pejalan kaki, kolam, anak
sungai yang bersih dan hutan yang subur. – AP

Paparan digital yang menunjukkan susun atur perkarangan istana presiden di ibu kota baharu itu dipamerkan di tapak pembinaannya di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia, pada 8 Mac lalu. – AP
Pekerja menggunakan peralatannya di tapak pembinaan ibu kota baharu di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia, pada 8 Mac. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -