Indonesia gantung eksport nikel

JAKARTA, 29 OKT – Indonesia dijangka akan menggantung eksport bijih nikel dengan serta-merta dan bukannya menghentikan hantaran luar negara pada awal tahun depan, kata pegawai hari ini, tatkala pengeluar galian terkenal di dunia itu menimbang menambah pemprosesan dalam negara untuk menambah pendapatannya.

Kira-kira tiga dozen firma bertemu dengan pegawai kerajaan semalam dan bersetuju untuk berhenti mengeksport logam itu, menurut Lembaga Penyelaras Pelaburan negara (BKPM).

Harga nikel London naik melebihi AS$17,000 satu metrik tan. –AFP