Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Indonesia gesa parlimen G20 kukuh kerjasama

    JAKARTA,7 OKT – Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis meminta parlimen negara-negara G20 mengukuhkan kerjasama bagi mengatasi krisis ekonomi global, selain menggalakkan pemulihan ekonomi dunia di tengah-tengah konflik geopolitik.

    Pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 ke-8 di sini, yang dihadiri wakil parlimen dan berpuluh-puluh parti jemputan, Widodo berkata parlimen global mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam melaksanakan dialog, menggalakkan kebersamaan selain mengelak perpecahan.

    “Multilateralisme adalah cara paling berkesan untuk mengatasi cabaran biasa, kerana tiada satu masalah pun boleh diselesaikan oleh satu atau lebih negara semata-mata,” Xinhua memetik Widodo sebagai berkata.

    Mesyuarat yang berlangsung dari 6 hingga 7 Oktober di Jakarta, adalah wadah yang sesuai untuk mewujudkan kebersamaan dengan rakyat serta merentasi negara untuk menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah serta membina dunia yang adil, tambah Widodo. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...