Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Indonesia guna semburan wap air bersihkan udara Jakarta

    JAKARTA, 12 SEPT – Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan kaedah hujan buatan menggunakan teknik semburan wap air bagi mengurangkan pencemaran udara di ibu negara.

    Jurucakap agensi pengurusan bencana (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata hasil yang ketara telah dicapai dengan penurunan tahap pencemaran zarah 2.5, menjadikan udara lebih bersih di kawasan Jakarta.

    BNPB dengan kerjasama agensi penyelidikan dan meteorologi, mengerah dua pesawat Cessna tentera untuk menyerakkan molekul air ke langit bagi mencipta proses penyejatan buatan.

    Operasi yang dijalankan pada 4 September sehingga malam tadi merangkumi tempoh penerbangan 82 jam 50 minit dan 70,500 liter air.

    “Setiap pesawat melakukan empat penerbangan di pelbagai kawasan di Jakarta dalam satu hari, termasuk Jakarta Pusat, Jakarta Timur, dan Jakarta Utara,” kata Abdul Muhari. – Bernama

    Bangunan dilihat pada waktu matahari terbenam di Jakarta, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...