Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Indonesia hasrat kerjasama dengan bandar utama Sarawak

    SIBU, 20 JAN – Indonesia menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama erat antara Kalimantan Timur dan Barat dengan bandar-bandar utama di Sarawak.

    Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata kerjasama itu antara lain meliputi bidang pengangkutan, perniagaan dan pendidikan tinggi.

    Beliau berkata kerjasama lebih erat antara Sarawak dan Indonesia khususnya Kalimantan amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kedua-dua kawasan itu.

    “Terdapat keperluan untuk menjalin kerjasama dari segi pengangkutan bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik antara Kalimantan dan Sarawak.

    “Setakat ini, terdapat perkhidmatan bas setiap hari dari Kuching ke Pontianak. Selain mencari lebih banyak perkhidmatan bas untuk sampai ke bahagian lain di Kalimantan, pihak kita juga melihat potensi kerjasama dari segi penerbangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melakukan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sibu dan mengadakan pertemuan dengan pekerja-pekerja ladang di Sibu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...