Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Indonesia hentikan penghantaran olein sawit RBD

    JAKARTA, 27 APRIL – Indonesia akan menghentikan penghantaran olein sawit (RBD) bertapis, diluntur dan dinyahbau, berkuat kuasa 28 April 2022, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

    Dalam satu kenyataan, beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula dasar itu secara berkala dan ia akan kekal sehingga harga minyak masak domestik turun kepada 14,000 rupiah (RM4.21) seliter.

    Negara itu akan mengenakan dasar larangan eksport ke atas semua pengeluar olein sawit RBD dan digunakan pada produk di bawah kod sistem seragam 15119036, 15119037 dan 15119039.

    Data Pusat Maklumat Harga Makanan Strategik Nasional Indonesia pada hari Selasa menunjukkan harga minyak masak pukal berada pada 19,450 rupiah seliter, jatuh 1.52 peratus atau 300 rupiah berbanding Isnin.

    Terdahulu, Kementerian Pertanian republik itu dalam surat pekelilingnya kepada gabenor berkata penghantaran minyak sawit mentah (MSM) akan dikecualikan daripada rancangan larangan eksport minyak sawit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...