Indonesia jangka penularan meluas

JAKARTA, 19 OKT – Indonesia menjangkakan ia akan berhadapan penularan lebih meluas pandemik COVID-19 semasa cuti bermula 28 Oktober sehingga 1 November, menurut Presiden Joko Widodo hari ini.

Indonesia mengalami peningkatan kes virus selepas cuti panjang beberapa bulan lalu, menurut presiden pada satu mesyuarat kabinet terhad di Istana Merdeka, di ibu negara. “Kita perlu membincangkan perkara ini, agar cuti dan orang pulang secara besar-besaran tidak memberi impak ke atas peningkatan kes COVID-19,” kata Widodo.

Indonesia perlu mengurangkan trend peningkatan kes pandemik meskipun pada ketika ini kadar purata kebangsaan kes aktif COVID-19 adalah lebih rendah berbanding yang lain di dunia, kata presiden.

Setakat kelmarin, kadar purata kes aktif COVID-19 Indonesia adalah pada 17.69 peratus, berbanding kadar purata 22.54 peratus global. – Xinhua