Indonesia kurangkan kadar faedah

JAKARTA, 16 JULAI – Bank pusat Indonesia hari ini mengurangkan kadar faedah bagi kali keempat tahun ini, dengan ekonomi terbesar Asia Tenggara dijejaskan oleh pandemik koronavirus.

Penggubal dasar di Bank Indonesia mengurangkan kadar pinjaman utama dengan 25 mata asas kepada 4 peratus, sehari selepas kerajaan memberi amaran mengenai kemelesetan yang meningkat.

Pentadbir bank pusat, Perry Warijiyo berkata bahawa kadar pengurangan terkini merupakan ‘langkah seterusnya’ untuk meningkatkan ekonomi yang sedang bergelut, menambah bahawa terdapat tanda-tanda pemulihan selepas pelan rangsangan dimulakan dan sekatan akibat virus dilonggarkan.

“Tetapi kami belum berada di tahap sebelum pandemik,” Warijoyo memberi amaran. Syarikat penyelidikan, Capital Economics berkata mereka menjangkakan bank akan membuat langkah baharu dalam beberapa bulan akan datang.

“Sebab utama kami berpendapat pelonggaran tambahan adalah prospek ekonomi yang teruk,” katanya, menambah bahawa keluaran kekal ‘sangat lemah’.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati telah mengingatkan bahawa ekonomi Indonesia akan susut 4.3 peratus pada suku kedua dan akan terus susut pada tempoh Julai hingga September.

Dua suku pertumbuhan negatif berturut-turut akan menandakan kemelesetan pertama Indonesia sejak Krisis Kewangan Asia 1998. – AFP