Indonesia kurangkan tempoh kuarantin

JAKARTA, 12 OKT – Kerajaan Indonesia telah mengurangkan tempoh kuarantin bagi pengunjung antarabangsa daripada lapan hari kepada lima hari mengikut fasa inkubasi koronavirus, Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, semalam.

“Jika keputusan ujian PCR pada hari keempat adalah negatif, mereka dibenarkan keluar daripada kuarantin pada hari kelima,” Pandjaitan pada satu sidang media maya.

Indonesia akan membuka semula penerbangan antarabangsa ke Bali pada 14 Oktober ini bagi pengunjung asing yang datang dari negara-negara dengan kadar kes positif kurang daripada 5 peratus dan telah lengkap vaksinasi.

Menurut kerajaan negara itu, pengunjung asing mestilah negatif ujian COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum pelepasan, mempunyai insurans kesihatan dengan nilai perlindungan minimum AS$100,000 serta bukti tempahan tempat penginapan semasa berada di Indonesia. – Xinhua