JAKARTA, 25 DIS – Kes COVID-19 di Indonesia meningkat 7,259 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan kes keseluruhan negara itu sebanyak 700,097 dengan angka kematian bertambah 258, meningkatkan angka kematian keseluruhan kepada 20,847 orang, menurut Kementerian Kesihatan hari ini.
Seramai 6,324 pesakit discaj dari hospital, membawa jumlah yang sembuh kepada 570,304 orang.
Virus sudah pun merebak ke semua 34 wilayah negara itu.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Jakarta merekodkan 2,096 kes baharu, Jawa Tengah 911, Jawa Barat 903 dan Jawa Timur 822 manakala Sulawesi Selatan sebanyak 411 kes. – Xinhua






























