Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Indonesia larang pengeksportan arang batu

    JAKARTA, 2 JAN – Indonesia, pengeksport arang batu terbesar dunia yang digunakan untuk generator elektrik, kelmarin berkata ia telah melarang pengeksportan arang batu pada Januari, sebagai langkah bertujuan untuk menjaga bekalan tenaga domestiknya.

    Peningkatan permintaan bagi elektrik di negara itu berisiko memembawa kepada terputusnya bekalan tenaga melainkan lebih banyak bekalan dialihkan ke stesen tenaga, menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral dalam satu kenyataan.

    Indonesia mengeksport majoriti arang batu namun memberikan mandat bahawa pengeluar mesti mengehadkan jumlah minimum untuk bekalan kilang tenaga negara.

    Keputusan tersebut dibuat ketika permintaan meningkat, ekoran pertumbuhan ekonomi pasca pandemik di seluruh dunia bagi keperluan elektrik yang tidak dapat menampung alternatif yang kurang memberikan pencemaran.

    Agensi Tenaga Antarabangsa bulan lalu berkata permintaan global untuk arang batu, sumber terbesar dunia bagi pelepasan gas rumah hijau, mencatatkan rekod pada 2021 dan ia akan bertahan pada 2022, mengancam rancangan yang dibuat semasa persidangan perubahan iklim COP26 bulan lalu untuk mengurangkan pencemaran.

    Januari lalu, Indonesia mengeksport hampir 30 juta tan arang batu, menurut Biro Pusat Statistik.

    Pengharaman eksport arang batu dibuat selepas pelombong arang batu gagal memenuhi Kewajipan Pasaran Domestik, yang mana mereka bertanggungjawab untuk membekalkan sekurang-kurangnya 25 peratus arang batu yang diluluskan dengan harga maksimum penjualan AS$70 per metrik tan – kurang separuh daripada harga sasaran global. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...