Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Indonesia longgarkan sekatan menjelang Ramadan

    JAKARTA, 24 MAC – Memandangkan bulan Ramadan semakin hampir dan bilangan kes harian COVID yang disahkan di Indonesia terus menurun, Indonesia mengumumkan menarik balik sekatan ke atas solat tarawih dan kepulangan rakyatnya ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya.

    Masjid dibenarkan mengadakan solat tarawih berjemaah pada bulan Ramadan dan individu lengkap divaksin dengan dos penggalak boleh pulang ke kampung halaman mereka untuk Hari Raya, kata Presiden Joko Widodo dalam satu kenyataan.

    Bagaimanapun, Joko Widodo melarang pegawai dan penjawat awam daripada mengadakan majlis berbuka puasa dan rumah terbuka Hari Raya. Meskipun sekatan dilonggarkan semasa bulan suci itu, presiden mengingatkan orang ramai supaya mematuhi protokol kesihatan.

    Pelonggaran sekatan untuk penduduk tempatan dibuat selepas Indonesia pada Selasa mengumumkan pelancong antarabangsa akan dibenarkan memasuki negara itu tanpa perlu dikuarantin, namun masih perlu menunjukkan ujian negatif COVID semasa ketibaan. – Bernama

    Lembu untuk dijual dan disembelih menjelang bulan Ramadan, kelihatan di sebuah pasar ternakan di Sibreh, wilayah Aceh, Indonesia. Indonesia melonggarkan sekatan COVID menjelang persediaan bulan suci Ramadan dan Aidilfitri. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...