Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Indonesia meterai perjanjian beli pesawat Perancis

    JAKARTA, 10 FEB – Indonesia hari ini menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk membeli enam pesawat perang Rafale sebagai sebahagian daripada tempahan 42 pesawat, ketika Paris memperkukuh hubungan ketenteraan di Asia-Pasifik.

    Perjanjian itu diumumkan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Florence Parly di Jakarta.

    “Kami bersetuju dengan pembelian 42 Rafale. Perjanjian yang ditandatangani hari ini untuk enam kapal perang yang pertama dan akan diikuti oleh 36 yang lain,” katanya.

    Ia adalah mercu tanda terbaharu hubungan erat antara Jakarta dan Paris, ketika Perancis menyemak semula perikatannya di rantau itu berikutan penarikan perjanjian kapal selam Australia berbilion dolar pada September lalu.

    Ia mengakibatkan Paris berang dengan perkembangan itu, berkata ia tidak diberi amaran Canberra sedang merundingkan pakatan pertahanan baharu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

    Australia kini memperoleh kapal selam berkuasa nuklear sebagai sebahagian daripada pakatan pertahanan baharu dikenali AUKUS, dengan Washington dan London menentang kebangkitan China. – AFP

    Gambar fail pada Jun 2021 menunjukkan kru berdiri bersebelahan jet pejuang Rafale di dek kapal pembawa pesawat Perancis, Charles de-Gaulle di pesisir pantau Toulon. Indonesia dan Perancis memerai perjanjian pembelian pesawat jenis tersebut kelmarin. -AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...