Sunday, April 2, 2023
30.2 C
Brunei

-

Indonesia minta penduduk tidak melakukan perjalanan

JAKARTA, 18 APRIL – Kerajaan Indonesia menasihatkan penduduknya untuk tidak membuat perjalanan ke luar negara semasa musim cuti Aidilfitri nanti, yang akan bermula dari 29 April hingga 8 Mei, bagi mengelak sebarang kemungkinan lonjakan jangkitan COVID.

“Banyak negara telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah jangkitan koronavirus. Pandemik belum lagi berakhir. Oleh itu, kami menggesa orang ramai di Indonesia untuk tidak membuat perjalanan ke luar negara semasa cuti panjang itu,” kata Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto memberitahu sidang media hari ini.

Sebelumnya, Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata semua penduduk perlu berwaspada ke atas sebarang potensi lonjakan jangkitan COVID yang disebabkan oleh cuti balik kampung. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -