Indonesia mula benarkan aktiviti sosio-ekonomi

JAKARTA, 26 JULAI – Indonesia mula membenarkan beberapa aktiviti sosio-ekonomi walaupun tempoh perlaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) dilanjutkan dan kes kematian harian akibat COVID-19 melebihi angka 1,000.

Bermula hari ini, pemerintah Indonesia membenarkan pasar, peniaga kecil, bengkel kenderaan, kedai gunting rambut dan pengusaha kecil yang lain kembali beroperasi sehingga pukul 9 malam dengan protokol kesihatan yang ketat. Orang ramai kembali dibenarkan makan di warung, kedai makan atau restoran tetapi hanya 20 minit sahaja.

“Dengan mempertimbangkan aspek kesihatan, aspek ekonomi dan dinamika sosial, saya memutuskan untuk melanjutkan penerapan PPKM dari tanggal 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021,” kata Presiden Joko Widodo dalam siaran menerusi YouTube Sekretariat Presiden. – Bernama