Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Indonesia mula beri dos penggalak kedua

    JAKARTA, 29 JULAI – Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.

    Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, selaras dengan saranan Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia mengenai imunisasi, suntikan penggalak itu diberikan selepas enam bulan daripada tarikh suntikan dos pertama.

    Langkah berkenaan membolehkan petugas kesihatan yang berisiko tinggi dijangkiti mendapatkan perlindungan yang optimum daripada virus itu memandangkan trend kes kembali meningkat.

    Indonesia telah merekodkan 5,831 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 6,197,495.

    Berdasarkan maklumat di akaun Twitter rasmi kementerian, Indonesia merekodkan 13 lagi kematian berbanding 17 pada Khamis.

    Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 2,987 jangkitan. – Benama

    Seorang petugas kesihatan memberikan suntikan dos penggalak kepada orang awam di Stesen Bus Tirionadi, Surakarta. Indonesia mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...