Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Indonesia mula tawarkan dos penggalak 12 Januari ini

    JAKARTA, 3 JAN – Populasi dewasa di Indonesia akan mendapat dos penggalak vaksin COVID-19 mulai 12 Januari, menurut Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.

    Individu berumur 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap suntikan dua dos COVID-19 untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lalu boleh mendapatkan suntikan penggalak bagi perlindungan berterusan, katanya semasa taklimat COVID-19.

    Kementeriannya menganggarkan lebih 21 juta orang di negara ini layak menerima suntikan itu.

    Menurut Budi, vaksin penggalak akan diberikan kepada daerah atau bandar dengan kriteria kadar vaksinasinya mencapai 70 peratus bagi dos pertama dan 60 peratus dos kedua. Terdapat 244 kawasan dan bandar yang telah memenuhi kriteria itu.

    Setakat ini, Indonesia telah memperoleh 113 juta dos, tetapi memerlukan 230 juta dos penggalak bagi menjayakan program. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...