Indonesia mulakan kempen vaksinasi maritim

JAKARTA, 25 OGOS – Indonesia membawa kempen vaksinasinya ke laut ketika negara kepulauan terbesar di dunia itu meningkatkan usaha untuk menginokulasi penduduknya yang besar.

Tentera laut telah mengerahkan 60 bot dan kapal perang untuk meliputi beribu-ribu kilometer pesisir pantai dalam usaha mencari nelayan-nelayan yang belum divaksinasi, dari Sumatera ke pulau peranginan Bali dan Papua yang terpencil.

“Cuaca buruk adalah halangan terbesar, tetapi cabaran sebenar adalah bagaimana mencari (mereka) kerana kami tidak tahu di mana mereka berada,” kata jurucakap tentera laut Laode Muhamad Holib dengan menambah bahawa kawasan pencarian diperluaskan 24 batu nautika di luar pantai. – AFP