Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Indonesia mulakan vaksinasi terhadap ternakan cegah FMD

    JAKARTA, 15 JUN – Indonesia melancarkan kempen vaksinasi terhadap ternakan di seluruh negara susulan kemunculan semula wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang boleh membawa maut, lapor Xinhua.

    Penyakit yang sangat mudah menular melibatkan haiwan ternakan termasuk lembu, biri-biri, babi dan kambing, kini telah merebak di 181 kawasan selepas dikesan di wilayah Jawa Timur pada akhir April.

    Pada Selasa, Kementerian Pertanian Indonesia memulakan kempen vaksinasi FMD di Sidoarjo, Jawa Timur, antara kawasan yang terjejas teruk akibat wabak itu.

    Ketika ini, pihak berkuasa menggunakan vaksin yang diimport dari Perancis sementara membangunkan vaksin buatan tempatan.

    Sekurang-kurangnya 10,000 dos vaksin FMD akan tiba pada Ahad.

    “Kami akan mengutamakan pemberian suntikan kepada ternakan yang sihat di zon merah dan kuning, yang paling teruk dilanda penyakit susulan jumlah vaksin yang terhad,” kata ketua pengarah bahagian ternakan dan kesihatan haiwan, Nasrullah memberitahu media tempatan.

    Sehingga kini, lebih 150,000 haiwan dilaporkan dijangkiti wabak itu dan sekurang-kurangnya 760 haiwan telah mati akibat penyakit itu, menurut data rasmi Pasukan Petugas FMD Kebangsaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...