Indonesia pamer keranda sebagai amaran

JAKARTA, 1 SEPT – Anggota keselamatan dengan memakai baju pelindung berjalan mengusung keranda dengan menggunakan kenderaan di sekitar Jakarta hari ini untuk memberi amaran kepada penduduk di negara itu bahawa jangkitan kes koronavirus masih lagi terus berleluasa di salah sebuah negara yang paling teruk dilanda virus berkenaan di Asia.

Satu konvoi kenderaan dengan keranda diletakkan di atasnya memasuki kawasan kejiranan yang sesak, dengan beberapa orang daripada mereka juga mengenakan kostum yang menakutkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk terus mematuhi peraturan bagi mengekang koronavirus.

“Kami berharap perarakan keranda ini akan memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko tidak mematuhi peraturan keselamatan kesihatan,” kata Mundari, ketua daerah Cilandak, Jakarta selatan.

“Perarakan itu menggambarkan bagaimana keadaan seseorang jika mereka mati akibat COVID-9,” tambahnya.

Keranda tiruan mendapat perhatian penduduk Cilandak, Ahmad Soleh Suzany.

“Sangat menakutkan kerana ini menunjukkan bahaya besar yang bakal kita hadapi,” katanya kepada AFP.

Langkah itu terjadi ketika jumlah koronavirus Indonesia meningkat, dengan penyakit pernafasan yang membawa maut itu telah meragut lebih 100 doktor barisan hadapan dan mungkin ratusan kanak-kanak.

Negara keempat terpadat di dunia itu telah melaporkan lebih dari 177,000 kes yang disahkan dan 7,505 kematian, tetapi dengan beberapa kadar pengujian terendah di dunia, skala sebenarnya dipercayai jauh lebih besar.

Bagaimanapun sebelum ini, Indonesia melonggarkan sekatan pergerakan pada bulan Julai untuk mengatasi kejatuhan ekonomi terbesar di Asia Tenggara. – AFP

Pekerja memakai pakaian pelindung berarak dengan kenderaan membawa keranda tiruan sebagai sebahagian usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya koronavirus di Jakarta, kelmarin. – AFP