Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Indonesia penjara peguam hak asasi kemanusiaan

    JAKARTA, INDONESIA, 6 APRIL – Bekas seorang peguam hak asasi kemanusiaan Indonesia yang menyertai kumpulan radikal Islam telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun hari ini atas tuduhan menghasut dengan hasrat untuk menubuhkan khalifah di sebuah negara sekular itu.

    Panel tiga hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Timur mendapati Munarman bersalah menyembunyikan maklumat daripada pihak berkuasa tentang militan yang mengaku tunduk kepada kumpulan Islamic State pada Januari 2015 di Makassar, bandar wilayah Sulawesi Selatan, malah sebaliknya ‘memberi ucapan menghasut orang ramai untuk bertindak ganas’.

    “Defendan tidak menyokong program kerajaan dalam membanteras pengganasan, kata hakim bersidang dalam menjatuhkan hukuman itu.

    Munarman, 53, merupakan setiausaha agung bagi kumpulan Barisan Pembela Islam yang sekarang ini ditegah, dikenali nama akronimnya FPI, yang mempunyai rekod melontar batu ke kedutaan Barat, menyerang kumpulan Islam lain dan merosakkan kelab malam.

    Ia mahu undang-undang Syariah dilaksanakan kepada 230 penduduk Islam Indonesia. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...