Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia pertama luluskan vaksin Novavax

    JAKARTA, 1 NOV – Syarikat biotek-nologi, Novavax hari ini mengatakan Indonesia sudah memberikan kelulusan bagi penggunaan kecemasan vaksinnya, yang menggunakan teknologi berbeza berbanding suntikan vaksin sedia ada.

    Vaksin Novavax tidak memerlukan suhu penyimpanan sejuk seperti vaksin lainnya yang boleh memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan bekalan di negara-negara miskin di seluruh dunia. Vaksin dua dos itu dibuat dengan spike protein salinan di sekeliling virus yang dibuat di dalam makmal. Ia sangat berbeza dengan vaksin mRNA yang digunakan secara meluas seperti Pfizer dan Moderna yang memberi arahan kepada gen tubuh untuk membuat spike proteinnya sendiri.

    Kelulusan kecemasan bagi vaksin itu merupakan ‘satu langkah penting’ bagi program vaksinasi COVID-19 Indonesia, menurut pakar epidemiologi Indonesia, Dicky Budiman.

    “Vaksin ini akan lebih mudah diangkut, disimpan dan diedarkan ke tempat-tempat seperti Indonesia yang mempunyai banyak gugusan kepulauan,” tambahnya. Budiman mengatakan jika pemberian vaksin itu berjaya, ia akan membawa kepada kelulusan dan penggunaannya di negara-negara membangun lain.

    Keperluan bagi lebih banyak vaksin masih lagi kritikal di kebanyakan negara, termasuk Indonesia. – AP

    Seorang lelaki menerima suntikan vaksin di pinggir Jakarta, 1 November. Indonesia meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Novavax bagi program vaksinasinya, negara pertama berbuat demikian. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda