Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Indonesia pertimbangkan bantahan pembebasan awal pengebom Bali

    JAKARTA, 23 OGOS – Pegawai kehakiman tertinggi Indonesia hari ini berkata bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan pembebasan awal pembuat bom dalam serangan Bali 2002 yang mengorbankan 202 jiwa, meskipun membangkitkan kemarahan pemimpin Australia yang menggambarkan lelaki itu sebagai orang yang sangat dibenci.

    Hisyam bin Alizein, 55, lebih dikenali dengan nama Umar Patek sebagai anggota utama kumpulan radikal Jemaah Islamiyah yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

    Pihak berkuasa Indonesia berkata, Patek adalah contoh usaha-usaha berjaya untuk memulihkan pengganas yang disabit bersalah dan mereka akan menggunakannya untuk mempengaruhi yang lain untuk tidak melakukan pengganasan.

    Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly berkata Patek telah memenuhi semua keperluan bagi parol seperti yang dicadangkan oleh agensi anti pengganasan Indonesia dikenali sebagai BNPT. Namun kementeriannya menerima bantahan, walaupun beliau tidak membutirkan siapa yang menyuarakannya.

    “Dari segi penglibatannya dalam program deradikalisasi, dia telah lama setia kepada Republik Indonesia, tetapi kami masih mempertimbangkan input-input daripada banyak elemen,” Laoly berkata.

    “Kami masih memerlukan satu surat, selain daripada BNPT,” tambahnya.

    Patek menerima pengurangan hukuman penjara berjumlah 33 bulan, yang kerap diberikan kepada banduan pada cuti-cuti awam penting, seperti pengurangan selama lima bulan yang diberikan pada Ogos sempena Hari Kemerdekaan Indonesia. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...